I made this widget at MyFlashFetish.com.

SCHOOL LEADERSHIP CASCADING PROGRAMME

11/22/2010 10:23:00 AM Edit This 0 Comments »
Pada 18 & 20 November 2010 yang lalu, Sekolah Rendah Sinaut telah mengadakan satu program bagi guru-guru dan warga sekolah yang dinamakan "School Leadership Cascading Programme". Tujuan utama program ini untuk meningkatkan mutu kerja, nilai diri, semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dan usaha dalam meningkatkan kemahiran numerasi murid-murid di sekolah ini.
Program ini telah dikendalikan oleh 3 orang guru yang sudah menghadiri Program Kepimpinan Sekolah bertempat di ILIA, Universiti Brunei Darussalam sebelum ini. Guru-guru dan warga sekolah diberi taklimat mengenai Kepimpinan Sekolah termasuklah 4 nilai yang akan dipraktikkan di sekolah ini. Empat nilai tersebut ialah Teamwork, Responsibility, Trust dan Reflection.

Selain itu, guru-guru dan warga sekolah juga didedahkan dengan beberapa aktiviti yang dijalankan ialah seperti "Teambuilding Activities". Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kerjasama guru-guru dan warga sekolah. Melalui program ini juga, guru-guru dan warga sekolah dapat mengenali sesama sendiri secara mendalam dalam aktiviti "Journey Line". Dalam aktiviti ini, guru-guru dan warga sekolah diminta untuk berkongsisama perjalanan hidup masing-masing melalui graf.











































































0 comments: