I made this widget at MyFlashFetish.com.

TAKLIMAT HOMELINK DGN IBUBAPA / PENJAGA MURID SEK.RENDAH SINAUT,TUTONG 1

11/25/2010 02:15:00 PM Edit This 0 Comments »
25hb November, 2010: Sekolah Rendah Sinaut telah mengadakan satu taklimat homelink yang disampaikan oleh Cikgu Dedey Masnira Binti Haji Johari. Taklimat yang mendapat sambutan menggalakkan daripada ibubapa ini bertujuan untuk menerangkan cara-cara mengendalikan Aktiviti Homelink di rumah bersama anak-anak mereka.

Homelink merupakan salah satu intervensi yang digunakan oleh pihak sekolah di dalam Program Kepimpinan Sekolah (School Leadership Programme). Aktiviti ini merupakan satu aktiviti kerjasama diantara pihak sekolah dengan ibubapa dalam sama-sama membantu meningkatkan lagi prestasi murid-murid terutama sekali dalam kemahiran numerasi.

Selain itu, Ibubapa juga diberi taklimat mengenai empat nilai yang dipraktikkan di sekolah ini iaitu Teamwork, Responsibility, Trust dan Reflection. Diakhir taklimat, dua orang guru telah melakonkan secara spontan mengenai cara-cara menjalankan Aktiviti Homelink ini agar ibubapa lebih memahami secara mendalam lagi.






































0 comments: